Monday, 9 April 2012

ADUN Simpang Pulai Bertindak BiaDAP... Ini ker pemimpin masa depan, Puih..!!!!


Hari Terakhir Persidangan Dun Perak ke- 12 dikotori dengan insiden biadap Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang bersikap kurang ajar terhadap Speaker, R.Ganesan.
Tindakan kurang ajar itu telah menyebabkan speaker membuat keputusan untuk menghalau pemimpin dari Pakatan Rakyat itu dari menyertai persidangan.
Di permulaan persidangan, Ming Kai telah mencetuskan kekecohan selain menaikkan suara terhadap exco-exco kerajaan negeri berikutan tidak puas hati kerana soalan yang diberikan tidak dijawab.


Difahamkan, perkara yang menjadi ketidakpuasan hati pemimpin pembangkang itu hanyalah kerana soalan lisan yang diberikan kepada exco ditolak oleh speaker.
Daripada, 4 soalan yang diusulkan hanya satu yang diluluskan untuk dijawab oleh kerajaan negeri.
Hanya kerana itu, adun Pakatan Rakyat ini sanggup terpekik terlolong selain bertindak kurang ajar dengan menaiki kawasan podium speaker.
Tindakan itu ternyata Ming Kai tidak mempunyai sikap hormat terhadap kemuliaan dewan selain mempamerkan nilai adab yang sangat teruk.
Contoh sebegini sudah tentu mencerminkan sikap sebenar Ming Kai dalam mentadbir kawasan Simpang Pulai.


Nampak seperti seorang yang pendiam tetapi sebenarnya sikap kurang ajar seperti telah sebati dalam dirinya seperti mana yang diamalkan pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang lain.
Selain itu, difahamkan juga Ming Kai tidak puas hati dengan jawapan bertulis yang diberikan oleh Exco Perindustrian, Datuk Hamidah Osman.
Ming Kai mendakwa Hamidah gagal menjawab soalan berkaitan isu pembalakan seperti yang dikemukakan.

Berang dengan jawapan Hamidah itu, maka Ming Kai mula meluahkan perasaan marahnya dengan mempamerkan sikap kurang ajar.
Persidangan kemudiannya, kembali berjalan selepas kekecohan itu

Thursday, 5 April 2012

NIE SORANG LAGI PEMIMPIN PR MENIPU LAGI.....!!!!

DAH MEMANG DASAR PENIPU...!!!


IPOH 4 April - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.

"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.

Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang.

Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.

Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd.

Thursday, 15 March 2012

APABILA IBLIS BERSUARA, PAS BERSORAK


Lihat Video ini berkali-kali kalau agak keliru atau masih tak percaya...

Entah apa yang ada dalam pemikiran puok-puok tolol ni aakj pun tak tahu..entah dari mana nas atau firman atau hadis yang d jumpai mengenai penghinaan ini pun aakj agak keliru..

Nak kata nik aziz tak reti tarbiah anak buahnya pun aakj agak konfius..memanglah selama ini aakj tak pernah akui nik aziz ni ulama..setakat ulamak lantikan parti 5 tahun sekali..mat sabu lama-lama pun depa akan panggil ostak..tunggulah...

Kewajaran penggunaan kalimah ALLAH terus menerus d politikkan seolah-olah ISLAM ini sama taraf dengan kepercayaan karut yang lain..hanya kerana idamkan kerusi wakil rakyat oleh semua barisan kepimpinan puok tolol maka ISLAM d lacurkan..

Nak kata 2 orang kafir ni sukankan ISLAM..dah hampir 5 tahun mereka bersama dalam pakatan tolol..tak juga dapat hidayah..walaupun kita tahu HIDAYAH itu hanya ALLAH yang berikan pada yang Dia suka..tapi kalau tiada proses dakwah bagaimana nak mereka tahu betapa sucinya ISLAM..

Jelas dalam pesan Nabi saw ;

terang dan nyata jelaskan :-

"Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’, mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." 

(HR al-Hakim)

KAMI SAYANG AMBIGA - PAS

Artikel yang dikeluarkan dalam Harakah 21-24 November 2011

Ambiga...? 

Sunday, 8 January 2012

Ramai Orang Bersorak Peliwat Di Bebaskan, Tetapi Ada Insan yang Berduka

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN


Tetapi ada insan yang berduka terhadap keputusan mahkamah


Apalah yang difikirkan oleh Kak Jijah & Azmin Ali dalam hal ini...?

Hassan Ali Dipecat Dari Parti PAS Berkuat Kuasa Serta Merta


Pejuang Agama Dibuang, Peliwat Dipertahankan......
Apalah nak jadi dengan Parti PAS nie.....????

Wednesday, 14 December 2011

SIAPA YANG TOLAK HUDUD SEBENARNYA...?

Kenyataan Anwar Ibrahim Dalam 1 Majlis Bersama NGO Cina

Dan akhirnya PAS hanya mengikut kehendak Anwar Ibrahim sehingga mengadaikan maruah parti PAS yang dahulunya ingin menegakkan agama Islam.... TakeBeer...!!!!!

Thursday, 8 December 2011

SAPA KATA PAS TAK PERNAH BINA MASJID DI KELANTAN...?



RANTAU PANJANG – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra di sini daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan Pusat.
“Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri tanpa satu sen daripada kerajaan Pusat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian

Hebat kerajaan serambi mekah nie..... macam mana la nak laksanakan hukum hudud jika masjid pun tidak mampu dibina oleh Kerajaan P.A.S

KURANG AJAR PUNYA DAP.....


BELIAU MENGELARKAN DATO' SERI ZAMBRY ABD. KADIR SEBAGAI "HITAM METALIK" DAN TELAH MENAMAKAN NEGERI PERAK SEBAGAI "PERAK DARUL KARTUN"

sebagai anak perak teman rasa tercabar dengan kenyataan beliau, kalau dah tak suka duduk perak tak payah ler nak duduk dekat perak.... pegi lah jauh2 dari negeri perak nie