Thursday, 17 May 2012
PENJAWAT AWAM YANG MENYERTAI KOTOR 3.0 AKAN DIBUANG
KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April lalu boleh dikenakan tindakan dibuang kerja.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Osman berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan tersebut.
"Penjawat awam tertakluk dibawah Perintah Am Bab D, Tatacara Salahlaku Tatatertib Perkhidmatan Awam di mana mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Jika mereka didapati terlibat, Cuepacs tidak akan membela nasib mereka. Mereka boleh dikenakan sama ada tindakan tatatertib termasuk, digantung kerja dan jika serius, boleh dibuang kerja," katanya selepas majlis Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM, hari ini
Wednesday, 16 May 2012
APA KES DALAM SUHAKAM ADA PEMBANGKANG??? ELOK DIBUANG JE
SUHAKAM bukan lagi badan bebas malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini sudah terjebak malah menjebakkan diri dalam politik kepartian dan ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan dalam masa yang sama sedang mencucuk jarum serta memainkan peranan untuk Suruhanjaya ini menjadi tunggangan kepada pembangkang.
Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan dalam Negara ini.
SUHAKAM menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka,Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.Atau adakah Suhakam ini kumpulan haramjadah?
Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang?Mereka boleh menyokong penjenayah,mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi.Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan dan kita lagi hairan,kerajaan seperti tidak pedulia dengan tindakan Suhakam yang semakin menyelwenag peranan dan tanggungjawab mereka?Makan gaji butakah mereka ini?
Tuesday, 15 May 2012
Monday, 14 May 2012
NIZAR GILA MEROYAN DIKAMPAR...!!!
Pemimpin yang disegani di Perak ketika dahulu (Entah betoi atau idak) baru-baru ini dilihat sedang meroyan di Ceramah Perdana UMNO di Tualang Sekah, Kampar.
Wednesday, 9 May 2012
BAYI KANAK-KANAK DIDERA OLEH IBU SENDIRI
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - facebook PDRM.
Tuesday, 1 May 2012
MANUSIA LEBIH PERCAYA GAMBAR DARI VIDEO
Pembangkang masih tidak mempercayai video seks DSAI, menganggap ianya konspirasi UMNO.
Sama tak...?
Gambar (bukan video ye) yang menunjukkan Azmin ali diBLOWJOBkan semasa masyarakat sedang memBERSHITkan diri di Dataran Merdeka, Adakah mereka percaya ianya Azmin..? Sedang video pun mereka tidak percaya
SELAMAT HARI PEKERJA...
Sunday, 29 April 2012
Monday, 9 April 2012
ADUN Simpang Pulai Bertindak BiaDAP... Ini ker pemimpin masa depan, Puih..!!!!
Hari Terakhir Persidangan Dun Perak ke- 12 dikotori dengan insiden biadap Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang bersikap kurang ajar terhadap Speaker, R.Ganesan.
Tindakan kurang ajar itu telah menyebabkan speaker membuat keputusan untuk menghalau pemimpin dari Pakatan Rakyat itu dari menyertai persidangan.
Di permulaan persidangan, Ming Kai telah mencetuskan kekecohan selain menaikkan suara terhadap exco-exco kerajaan negeri berikutan tidak puas hati kerana soalan yang diberikan tidak dijawab.
Difahamkan, perkara yang menjadi ketidakpuasan hati pemimpin pembangkang itu hanyalah kerana soalan lisan yang diberikan kepada exco ditolak oleh speaker.
Daripada, 4 soalan yang diusulkan hanya satu yang diluluskan untuk dijawab oleh kerajaan negeri.
Hanya kerana itu, adun Pakatan Rakyat ini sanggup terpekik terlolong selain bertindak kurang ajar dengan menaiki kawasan podium speaker.
Tindakan itu ternyata Ming Kai tidak mempunyai sikap hormat terhadap kemuliaan dewan selain mempamerkan nilai adab yang sangat teruk.
Contoh sebegini sudah tentu mencerminkan sikap sebenar Ming Kai dalam mentadbir kawasan Simpang Pulai.
Nampak seperti seorang yang pendiam tetapi sebenarnya sikap kurang ajar seperti telah sebati dalam dirinya seperti mana yang diamalkan pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang lain.
Selain itu, difahamkan juga Ming Kai tidak puas hati dengan jawapan bertulis yang diberikan oleh Exco Perindustrian, Datuk Hamidah Osman.
Ming Kai mendakwa Hamidah gagal menjawab soalan berkaitan isu pembalakan seperti yang dikemukakan.
Berang dengan jawapan Hamidah itu, maka Ming Kai mula meluahkan perasaan marahnya dengan mempamerkan sikap kurang ajar.
Persidangan kemudiannya, kembali berjalan selepas kekecohan itu
Thursday, 5 April 2012
DAH MEMANG DASAR PENIPU...!!!
IPOH 4 April - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.
Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.
Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.
Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.
"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.
Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.
Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang.
Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.
Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)














