Thursday 27 September 2012

Bajet 2013... Pasti Menarik



Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Tarikh: 28 September 2013 (Jumaat)
Masa: 4.00 petang
Live streaming Pembentangan Bajet 2013 boleh ditonton melalui salah satu saluran media dibawah.
Streaming saluran Video
Streaming saluran Radio
Teks Ucapan Bajet 2013 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang dan pautan alternatif dibawah.

Wednesday 26 September 2012

ANWAR PERLEKEH UMAT ISLAM TENTANG PENGHINAAN RASULULLAH SAW...


Bagai nak rak mencanang buat tazkirah sana sini. Konon nak menunjukkan kelayakkannya sebagai pemimpin berjiwa Islam. Kononnya hanya dialah yang lebih terbaik berbanding dengan orang lain. Dah tu rela menjadi imam solat , konon nak menunjukkan kreteria pemimpin mampu memimpin umat Islam. Tetapi..... 

Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting. "Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia". Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com. 

Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa" Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'. 

Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia. Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW. Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 

Sumber: MymassaVoice

BAJET GULA2 PEMBANGKANG 2013... ADA BETOI KA..?


Antara isi kandungan / gula2 yang diberikan oleh pembangkang :- 

Gaji Doktor dan Pekerja Perubatan naik 20% + Gaji Polis naik 15% + RM500 sebulan untuk GURU + Hapus PTPTN + Hapus TOL di "selected Highways" + harga kereta turun 20% + RM550 sebulan untuk 84ribu keluarga miskin tegar..  

Buku Laporan Penuh 77 Halaman Belanjawan Pakatan Rakyat Yang Dibentangkan Di Bangunan Parlimen pada (26 Sept 2012) Oleh DS Anwar Ibrahim.

Boleh Anda Baca & Download Di Sini Dalam Format PDF :- Link : http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2012/09/Belanjawan-Pakatan-Rakyat-2013-vAkhir.pdf

NGEH KOO HAM PERSOALKAN SIJIL HALAL