Wednesday 14 December 2011

SIAPA YANG TOLAK HUDUD SEBENARNYA...?

Kenyataan Anwar Ibrahim Dalam 1 Majlis Bersama NGO Cina

Dan akhirnya PAS hanya mengikut kehendak Anwar Ibrahim sehingga mengadaikan maruah parti PAS yang dahulunya ingin menegakkan agama Islam.... TakeBeer...!!!!!

Thursday 8 December 2011

SAPA KATA PAS TAK PERNAH BINA MASJID DI KELANTAN...?



RANTAU PANJANG – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra di sini daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan Pusat.
“Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri tanpa satu sen daripada kerajaan Pusat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian

Hebat kerajaan serambi mekah nie..... macam mana la nak laksanakan hukum hudud jika masjid pun tidak mampu dibina oleh Kerajaan P.A.S

KURANG AJAR PUNYA DAP.....


BELIAU MENGELARKAN DATO' SERI ZAMBRY ABD. KADIR SEBAGAI "HITAM METALIK" DAN TELAH MENAMAKAN NEGERI PERAK SEBAGAI "PERAK DARUL KARTUN"

sebagai anak perak teman rasa tercabar dengan kenyataan beliau, kalau dah tak suka duduk perak tak payah ler nak duduk dekat perak.... pegi lah jauh2 dari negeri perak nie

Tuesday 15 November 2011

KEPUASAN PELANGGAN MENGENAI KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

 Tony Phua ( DAP)

Nurul Izah (PKR) - Anak kepada Anwar Ibrahim


Dzulkifli Ahmad (PAS)

KENAPA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DIKAWAL SEMASA DIMEKAH


WAH...!! kalau anda tengok sahaja gambar ini terus akan bermain di minda anda.. "Eh siapa Dato Najib ni, ingat bagus sangat nak dapat layanan VVIP kat Makkah.. semua orang sama di sisi Allah.. Bla Bla Bla.." banyak laa lagi tanggapan negatif mempertikaikan ibadah suci beliau di sana... 

Tambahan lagi.. tengok keratan yang ditulis oleh dalam blog pembangkang...

 Presiden Iran dipagari pengawal keselamatan sewaktu mengerjakan haji di Mekah.

 Presiden Iran diiringi anggota keselamatan Arab Saudi.


 Presiden Palestin Mahmoud Abbas sewaktu di hadapan Hajar Al Asward turut dikawal anggota keselamatan 

 Perdana Menteri Pakistan turut dikawal oleh anggota keselamatan sewaktu mengerjakan umrah.

Bab kawalan keselamatan di Tanah Suci Makkah sebenarnya dibawah tanggungjawab Arab Saudi. Siapa saja yang pergi buat haji mereka akan menjadi tetamu Allah s.w.t di masa yg sama mereka adalah tetamu Arab Saudi selaku tuan rumah.

Tugas jaga keselamatan dan kelancaran ibadat haji mahupun umrah ini prioriti paling wajib bagi kerajaan Arab Saudi. Mereka tak sediakan kawalan keselamatan kepada Najib, Rosmah atau mana-mana VIP hanya untuk  saja suka-suka.
Selain ianya adalah satu prosedur & protokol dalam menghormati pemimpin-pemimpin negara lain ia juga salah satu cara bagi Arab Saudi mengekang keadaan tak terkawal andai kata wujud segelintir jemaah yg bersesak-sesak utk bersalaman dgn mana-mana VIP yg mereka kenal.

Wednesday 9 November 2011

IKRAR JENTERA PRU-13 PAS KUALA BESUT DIRUMAH ALLAH....?????ih



APALAH NAK JADI DENGAN PUAK2 PAS NIE, RUMAH ALLAH TEMPAT UNTUK BERIBADAT DIJADIKAN TEMPAT BERPOLITIK, SIAP BERIKRAR LAGI... APA DAH JADI DENGAN PERJUANGAN PAS KINI...?

Tuesday 8 November 2011

TIAN CHUA MENCEMAR KESUCIAN IBADAH KORBAN



Apa jua tindakan orang bukan Islam terhadap daging Korban adalah diharam sama sekali…walaupun YB Tian Chua menafikan dia hanya kandid bergambar dengan daging Korban…ianya ternyata membuat hati umat Islam terguris perasaannya…




Tapi alangkah baiknya jika umat islam itu bersatu tanpa memikirkan politik demi kepentingan umat islam sejagat....

Friday 4 November 2011

SEPARUH KAKITANGAN KERAJAAN AKAN DIBERHENTIKAN KERJA JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH MALAYSIA..... BODOH PUNYA DASAR, HABIS RAKYAT NAK MAKAN APE...?

Kakitangan awam di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.
Ini berikutan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee yang menyatakan bahawa separuh daripada jumlah kakitangan sektor awam akan dikurangkan bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan membayar gaji kakitangan awam setiap tahun.
Tindakan itu kata beliau boleh menjimatkan perbelanjaan bajet tahunan kerajaan dan dianggarkan sekitar 42 peratus kakitangan awam perlu diberhentikan.
Menjelaskan lanjut mengenai perkara berkenaan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ itu akan mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat setiap tahun mengikut beberapa keutamaan yang ditetapkan.
Menurut kenyataan yang dibuat pada 1 November lalu di sebuah seminar anjuran DAP Johor itu, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam yang sudah tua akan dinasihat dan dibiarkan berhenti kerja lebih awal dari sepatutnya.
Manakala bagi kakitangan awam lain yang dilihat sebagai tidak berprestasi tinggi akan diberhentikan dan hanya diberikan pampasan setengah bulan gaji.
Tony berkata, dasar mengurangkan kakitangan awam tersebut ditiru dari amalan di negara China.
Ahli Parlimen DAP itu berkata demikian ketika mempersoalkan imbuhan dan kelebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Ab Samad menyifatkan rancangan dan kenyataan Tony itu sebagai bersifat rasis memandangkan majoriti kakitangan awam adalah dari kalangan orang Melayu.
“Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
“Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.
“Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu”, ujarnya.
Kakitangan Awam Malaysia Perlu Bersedia Dibuang Kerja Beramai-ramai.
Mengulas mengenai kenyataan Tony itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPECS), Azih Muda meluahkan kebimbangannya mengenai masa depan kakitangan awam negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan,” katanya kepada media.
Menurut Azih, pendirian yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat itu bakal menyaksikan ramai kakitangan awam kehilangan mata pencarian dan membebankan mereka ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi di negara ini.
Jumlah terkini kakitangan awam adalah berjumlah 1.3 juta orang yang menyaksikan profesion guru sebagai kakitangan awam paling ramai iaitu 400,000 orang, diikuti oleh tentera seramai 200,000 orang, dan polis pula berjumlah 150,000 orang.
Baki dari jumlah tersebut adalah mewakili kelompok jururawat, bomba, penguatkuasa, pegawai-pegawai dan kakitangan berjawatan rendah yang lain.

Sunday 30 October 2011

INILAH SEBAB MENGAPA NEGARA KITA TAK BERKEMBANG

Kerajaan BN merancang pelbagai perkara untuk meningkatkan ekonomi & kemakmuran Negara, tetapi apa yang disampaikan pembangkang kepada rakyat hanyalah sebaliknya.

Thursday 27 October 2011

CHINA DOLL DIKENAL PASTI, HABIS LA KAU NUAR......




Inilah wajah Chinadoll yang melakukan adegan seks bersama Ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang di rakamkan melalui cctv dahulu. Difahamkan Chinadoll ini akan tampil tak lama lagi untuk membuat pengakuan berkenaan hubungan seksnya bersama Anwar Ibrahim.



Terdahulu Harian Metro melaporkan Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

Anwar is Dead!!

Tuesday 25 October 2011

PEMBANGKANG MEMPERKENALKAN MENU RAKYAT TAPI TIDAK HALAL


KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal.
Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.
“Restoran ini adalah restoran sayur-sayuran, ia halal dan sesuai untuk semua golongan.
“Tapi saya saja yang tak berani makan..,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my yang menolak untuk menjamah sebarang makanan atau minuman di restoran tersebut.
Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ.
Bagaimanapun, beliau akui bahawa restoran Cina tersebut tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM semenjak beroperasi pada empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.
“Berkonsepkan sayur-sayuran, menu ini sihat dan wajar dipromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Friday 21 October 2011

PERHIMPUNAN AMBIGA LEBIH BERMAKNA DARI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT

Sayang umat Islam masa kini di Malaysia lebih mementingkan politik dari agama islam.... Sebagai Parti yang mengelarkan diri sebagai parti Islam Semalaysia (PAS) lebih berkiblatkan Ambiga.

Tuesday 18 October 2011

LIM GUAN ENG CERAMAH HUKUM HUDUD.....TAPI

PATUT LA RAMAI YANG HENDAKKAN HUKUM HUDUD, RUPA-RUPANYA PENCERAMAHNYA ADALAH KALIFAH UMAR AL-GUAN ENG.

TAPI SEBELUM NAK LAKSANAKAN HUDUD KENA LA BERHADAPAN DENGAN INI...

ADA BRANI KA...?

Monday 17 October 2011

GAMBAR YAB DATO' NAJIB SEMBAH SALIB TERBONGKAR


Gambar asal yang kemudiannya diubah menggunakan teknik pertindihan bagi memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk menyembah salib dalam pertemuan Pope Benedict XVI pada Julai lalu sebenarnya adalah sekeping gambar lama.
Ia dipercayai dirakamkan ketika Najib masih Timbalan Perdana Menteri dan sedang khusyuk berborak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Najib telah melakukan teknik pertindihan bagi mengelirukan orang ramai kononnya Perdana Menteri tunduk menyembah salib dalam pertemuan dengan Pope.
Bagaimanapun, tindakan membuat gambar fitnah itu dikutuk banyak pihak kerana mempermainkan akidah seorang muslim.
Gambar itu sebelum ini telah disiarkan dalam beberapa blog politik sebelum ini.

PEMBENTANGAN BAJET 2012


BAJET 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
  • Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

Thursday 23 June 2011

MALAYSIA DALAM 12 KELOMPOK TERBAIK ASIA



Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Australia
Bahrain
Iraq
Japan
South Korea
Malaysia
Oman
Qatar
Saudi Arabia
Syria
United Arab Emirates
Uzbekistan

*Undian 7 Julai di AFC house di Kuala Lumpur.

hitler marah perkasa & pemuda halang BERSIH 2.0

Wednesday 22 June 2011

LAPORAN YANG DITERIMA OLEH PIHAK POLIS MENGENAI PERHIMPUNAN HARAM 2.0



Setakat semalam, 806 laporan polis dibuat terhadap "Kotor 2.0". Jumlah laporan mengikut negeri adalah seperti berikut: 


PERLIS 56
KEDAH 94
PENANG 21
KELANTAN 86
TRENGGANU 50
PAHANG 121
PERAK 24
WILAYAH PERSEKUTUAN KL 89
SELANGOR 72
NEGERI SEMBILAN 55
MELAKA 72
JOHOR 40
SABAH 24
SARAWAK 2.


JADI MANA-MANA YANG GATEI NAK PEGI JUGAK PERHIMPUNAN HARAM TU ELOK LA PIKIOR YE....
ELOK LA KOME-KOME SEMUA BERSIHKAN GAMBOR "ANU"WAR DI RUMAH MASING2 DENGAN CLOROX...

PEMBANGKANG TIDAK MENGHORMATI SIDANG DEWAN

Inilah yang dikatakan kurang diajar, tak tau la pekak ke, degil ke, bantah barut ke mereka ni masih tidak menghormati institusi Dewan Undangan Negeri mahupun Negara.

Tak hormat sidang DUN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Wong Ho Leng (dua dari kiri) mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang DUN, semalam dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS, memakainya.


Perlakuan wakil pembangkang, Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) menghadiri Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 dengan memakai sut kelabu mencetuskan rasa tidak puas hati ahli dewan sehingga mendapat teguran Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan. Kor Ming yang sepatutnya memakai pakaian istiadat dan bersongkok disifatkan tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Tuesday 21 June 2011

Bersih 2.0: Hipokrit! P-raya aktivis Bersih pun KOTOR



Memetik tulisan YB Zul Nordin berikut:

Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih!

Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih,masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang.

Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan.

Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.



Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi.

Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan.

Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas.

Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi.



Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan.


Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! 

Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?
Nak cerita pasal pemilihan DAP pula.

Demokratik atau tidak kalau ada Central Committee menentukan siapa ahli yang layak atau tidak bertanding menjadi Jawatankausa Negeri atau Central Committee.

Pilihan hanya untuk jadi Jawatankausa Negeri atau Central Comittee saja. Dari situ, ahli pilih siapa pegang jawatan ini dan itu.



Theresa Kok dpaat nombor hampir ke corot dalam pemilihan berbanding dengan Janice Lee, Hannah Yeoh atau Teng Cham kim tapi dia pula jadi Pengerusi Negeri yang begitu berkuasa sekali.

Inilah cara Lim Kit Siang kekal sebagai diktator DAP dari mula dibentuk tahun 1965.

Dalam DAP tak ada demokrasi.

Tanyalah Wee Choo Keong yang dibuang kerana tidak menunjukkan kasih sayang kepada pucuk kepimpinan. Dia dianggap demikian kerana suka bersuara dan mengur kepimpinan.


Pemilihan PAS pun kami persoalkan. Kenapa tak ada wakil calun memantau pengiraan? Kenapa habis undi petang tapi umum keputusan besuk pagi? Takda kemungkinan berlaku penipuan?


Paling rasuah sekali, orang PAS sikit-sikit akan kata ana akan doakan ente. Tuhan pun mereka nak guna untuk beli jual undi. (Jenaka sindir saja)

Majlis Peguam pun bukan boleh pakai sangat.


Ikutkan AGM mereka tak sah kerana sentiasa tak cukup korum. Entah sapa bahlul benar mereka tukar korum terendah.

Presiden dan AJK Majlis Peguam tidak melambangkan pilihan semua peguam2. Ada kartel yang kuasai sapa nak jadi Presiden dan AJK. Akibat kehadhiran kartel maka ramai ahli tak minat terlibat. Baca sini