Sunday 18 November 2012

PAS DOAKAN KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU / ISLAM / UMNO / BN


Kita doakan yang baik2 untuk umat islam tetapi PAS sanggup mendoakan kejatuhan umat islam di Malaysia... Semoga mereka diampunkan atas kealpaan mereka dalam mengejar Cite2 DAP & PKR 

Monday 15 October 2012

PEMBANGKANG RASUAH MENGUNDI LUAR DAN THAILAND


Ternyata Pembangkang terdesak mencari undi dengan merasuah pengundi luar dan Pengundi Thailand sebanyak RM 50.00

Wednesday 10 October 2012

PARTI ANAK BERANAK TERBUKTI DALAM PAKATAN PEMBANGKANG



Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang


Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh membidas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melabelkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengamal nepotisme.

Laporan New Straits Times hari ini dengan tajuk "Nepotisme in opposition worrying" (nepotisme dalam pembangkang merisaukan) memuatkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo.

Turut dimuatkan gambar anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Karpal menegaskan hak untuk terlibat dalam politik tidak patut dinafikan kepada mana-mana anak ahli politik kerana ia dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan yang menetapkan semua warganegara adalah setaraf.

Tambahnya, anak mana-mana pemimpin politik mempunyai hak untuk maju ke hadapan dalam kerjaya politik mereka.

"Bagaimana pun, jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan," kata Karpal pada sidang media di Air Itam, Pulau Pinang hari ini.
Sumber : Malaysiakini.

Persoalannya, adakah orang kenal siapa anak Karpal Singh yang bernama Gobind dan Jagdeep jika mereka bukan anak Karpal?

Apa kelebihan anak Karpal Singh sehingga mereka berdua diletakkan sebagai calon pilihan raya mewakili DAP?

Hakikatnya, walaupun dah jadi wakil rakyat, orang masih tak kenal siapa anak Gobind dan Jagdeep. 

*Jangan lupa, selain daripada DAP dan PKR, PAS juga mengamalkan Nepotisme Politik terutamanya di Kelantan.



Thursday 27 September 2012

Bajet 2013... Pasti Menarik



Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Tarikh: 28 September 2013 (Jumaat)
Masa: 4.00 petang
Live streaming Pembentangan Bajet 2013 boleh ditonton melalui salah satu saluran media dibawah.
Streaming saluran Video
Streaming saluran Radio
Teks Ucapan Bajet 2013 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang dan pautan alternatif dibawah.

Wednesday 26 September 2012

ANWAR PERLEKEH UMAT ISLAM TENTANG PENGHINAAN RASULULLAH SAW...


Bagai nak rak mencanang buat tazkirah sana sini. Konon nak menunjukkan kelayakkannya sebagai pemimpin berjiwa Islam. Kononnya hanya dialah yang lebih terbaik berbanding dengan orang lain. Dah tu rela menjadi imam solat , konon nak menunjukkan kreteria pemimpin mampu memimpin umat Islam. Tetapi..... 

Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting. "Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia". Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com. 

Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa" Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'. 

Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia. Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW. Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 

Sumber: MymassaVoice

BAJET GULA2 PEMBANGKANG 2013... ADA BETOI KA..?


Antara isi kandungan / gula2 yang diberikan oleh pembangkang :- 

Gaji Doktor dan Pekerja Perubatan naik 20% + Gaji Polis naik 15% + RM500 sebulan untuk GURU + Hapus PTPTN + Hapus TOL di "selected Highways" + harga kereta turun 20% + RM550 sebulan untuk 84ribu keluarga miskin tegar..  

Buku Laporan Penuh 77 Halaman Belanjawan Pakatan Rakyat Yang Dibentangkan Di Bangunan Parlimen pada (26 Sept 2012) Oleh DS Anwar Ibrahim.

Boleh Anda Baca & Download Di Sini Dalam Format PDF :- Link : http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2012/09/Belanjawan-Pakatan-Rakyat-2013-vAkhir.pdf

NGEH KOO HAM PERSOALKAN SIJIL HALAL


Monday 21 May 2012

UDOH MASUK UMNO BALIK KOME WEH.....


Naib ketua pemuda UMNO Kampar yang baru-baru ini mengistiharkan keluar UMNO masuk DAP telah kembali ke UMNO.

Thursday 17 May 2012

RUMAH URUT, TERBUKTI BANYAK DISELANGOR

PENJAWAT AWAM YANG MENYERTAI KOTOR 3.0 AKAN DIBUANG

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April lalu boleh dikenakan tindakan dibuang kerja. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Osman berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan tersebut. "Penjawat awam tertakluk dibawah Perintah Am Bab D, Tatacara Salahlaku Tatatertib Perkhidmatan Awam di mana mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. "Jika mereka didapati terlibat, Cuepacs tidak akan membela nasib mereka. Mereka boleh dikenakan sama ada tindakan tatatertib termasuk, digantung kerja dan jika serius, boleh dibuang kerja," katanya selepas majlis Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM, hari ini

Wednesday 16 May 2012

APA KES DALAM SUHAKAM ADA PEMBANGKANG??? ELOK DIBUANG JE

SUHAKAM bukan lagi badan bebas malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini sudah terjebak malah menjebakkan diri dalam politik kepartian dan ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan dalam masa yang sama sedang mencucuk jarum serta memainkan peranan untuk Suruhanjaya ini menjadi tunggangan kepada pembangkang. Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan dalam Negara ini. SUHAKAM menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka,Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.Atau adakah Suhakam ini kumpulan haramjadah? Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang?Mereka boleh menyokong penjenayah,mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi.Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan dan kita lagi hairan,kerajaan seperti tidak pedulia dengan tindakan Suhakam yang semakin menyelwenag peranan dan tanggungjawab mereka?Makan gaji butakah mereka ini?

Monday 14 May 2012

NIZAR GILA MEROYAN DIKAMPAR...!!!


Pemimpin yang disegani di Perak ketika dahulu (Entah betoi atau idak) baru-baru ini dilihat sedang meroyan di Ceramah Perdana UMNO di Tualang Sekah, Kampar.


Wednesday 9 May 2012

BAYI KANAK-KANAK DIDERA OLEH IBU SENDIRI



STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - facebook PDRM.

Tuesday 1 May 2012

MANUSIA LEBIH PERCAYA GAMBAR DARI VIDEO

Pembangkang masih tidak mempercayai video seks DSAI, menganggap ianya konspirasi UMNO.
Sama tak...?
Gambar (bukan video ye) yang menunjukkan Azmin ali diBLOWJOBkan semasa masyarakat sedang memBERSHITkan diri di Dataran Merdeka, Adakah mereka percaya ianya Azmin..? Sedang video pun mereka tidak percaya SELAMAT HARI PEKERJA...

Monday 9 April 2012

ADUN Simpang Pulai Bertindak BiaDAP... Ini ker pemimpin masa depan, Puih..!!!!


Hari Terakhir Persidangan Dun Perak ke- 12 dikotori dengan insiden biadap Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang bersikap kurang ajar terhadap Speaker, R.Ganesan.
Tindakan kurang ajar itu telah menyebabkan speaker membuat keputusan untuk menghalau pemimpin dari Pakatan Rakyat itu dari menyertai persidangan.
Di permulaan persidangan, Ming Kai telah mencetuskan kekecohan selain menaikkan suara terhadap exco-exco kerajaan negeri berikutan tidak puas hati kerana soalan yang diberikan tidak dijawab.


Difahamkan, perkara yang menjadi ketidakpuasan hati pemimpin pembangkang itu hanyalah kerana soalan lisan yang diberikan kepada exco ditolak oleh speaker.
Daripada, 4 soalan yang diusulkan hanya satu yang diluluskan untuk dijawab oleh kerajaan negeri.
Hanya kerana itu, adun Pakatan Rakyat ini sanggup terpekik terlolong selain bertindak kurang ajar dengan menaiki kawasan podium speaker.
Tindakan itu ternyata Ming Kai tidak mempunyai sikap hormat terhadap kemuliaan dewan selain mempamerkan nilai adab yang sangat teruk.
Contoh sebegini sudah tentu mencerminkan sikap sebenar Ming Kai dalam mentadbir kawasan Simpang Pulai.


Nampak seperti seorang yang pendiam tetapi sebenarnya sikap kurang ajar seperti telah sebati dalam dirinya seperti mana yang diamalkan pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang lain.
Selain itu, difahamkan juga Ming Kai tidak puas hati dengan jawapan bertulis yang diberikan oleh Exco Perindustrian, Datuk Hamidah Osman.
Ming Kai mendakwa Hamidah gagal menjawab soalan berkaitan isu pembalakan seperti yang dikemukakan.

Berang dengan jawapan Hamidah itu, maka Ming Kai mula meluahkan perasaan marahnya dengan mempamerkan sikap kurang ajar.
Persidangan kemudiannya, kembali berjalan selepas kekecohan itu

Thursday 5 April 2012

NIE SORANG LAGI PEMIMPIN PR MENIPU LAGI.....!!!!

DAH MEMANG DASAR PENIPU...!!!


IPOH 4 April - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.

"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.

Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang.

Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.

Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd.

Thursday 15 March 2012

APABILA IBLIS BERSUARA, PAS BERSORAK


Lihat Video ini berkali-kali kalau agak keliru atau masih tak percaya...

Entah apa yang ada dalam pemikiran puok-puok tolol ni aakj pun tak tahu..entah dari mana nas atau firman atau hadis yang d jumpai mengenai penghinaan ini pun aakj agak keliru..

Nak kata nik aziz tak reti tarbiah anak buahnya pun aakj agak konfius..memanglah selama ini aakj tak pernah akui nik aziz ni ulama..setakat ulamak lantikan parti 5 tahun sekali..mat sabu lama-lama pun depa akan panggil ostak..tunggulah...

Kewajaran penggunaan kalimah ALLAH terus menerus d politikkan seolah-olah ISLAM ini sama taraf dengan kepercayaan karut yang lain..hanya kerana idamkan kerusi wakil rakyat oleh semua barisan kepimpinan puok tolol maka ISLAM d lacurkan..

Nak kata 2 orang kafir ni sukankan ISLAM..dah hampir 5 tahun mereka bersama dalam pakatan tolol..tak juga dapat hidayah..walaupun kita tahu HIDAYAH itu hanya ALLAH yang berikan pada yang Dia suka..tapi kalau tiada proses dakwah bagaimana nak mereka tahu betapa sucinya ISLAM..

Jelas dalam pesan Nabi saw ;

terang dan nyata jelaskan :-

"Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’, mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." 

(HR al-Hakim)

KAMI SAYANG AMBIGA - PAS

Artikel yang dikeluarkan dalam Harakah 21-24 November 2011

Ambiga...? 

Sunday 8 January 2012

Ramai Orang Bersorak Peliwat Di Bebaskan, Tetapi Ada Insan yang Berduka

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN


Tetapi ada insan yang berduka terhadap keputusan mahkamah


Apalah yang difikirkan oleh Kak Jijah & Azmin Ali dalam hal ini...?

Hassan Ali Dipecat Dari Parti PAS Berkuat Kuasa Serta Merta


Pejuang Agama Dibuang, Peliwat Dipertahankan......
Apalah nak jadi dengan Parti PAS nie.....????