Monday 15 October 2012

PEMBANGKANG RASUAH MENGUNDI LUAR DAN THAILAND


Ternyata Pembangkang terdesak mencari undi dengan merasuah pengundi luar dan Pengundi Thailand sebanyak RM 50.00

Wednesday 10 October 2012

PARTI ANAK BERANAK TERBUKTI DALAM PAKATAN PEMBANGKANG



Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang


Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh membidas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melabelkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengamal nepotisme.

Laporan New Straits Times hari ini dengan tajuk "Nepotisme in opposition worrying" (nepotisme dalam pembangkang merisaukan) memuatkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo.

Turut dimuatkan gambar anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Karpal menegaskan hak untuk terlibat dalam politik tidak patut dinafikan kepada mana-mana anak ahli politik kerana ia dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan yang menetapkan semua warganegara adalah setaraf.

Tambahnya, anak mana-mana pemimpin politik mempunyai hak untuk maju ke hadapan dalam kerjaya politik mereka.

"Bagaimana pun, jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan," kata Karpal pada sidang media di Air Itam, Pulau Pinang hari ini.
Sumber : Malaysiakini.

Persoalannya, adakah orang kenal siapa anak Karpal Singh yang bernama Gobind dan Jagdeep jika mereka bukan anak Karpal?

Apa kelebihan anak Karpal Singh sehingga mereka berdua diletakkan sebagai calon pilihan raya mewakili DAP?

Hakikatnya, walaupun dah jadi wakil rakyat, orang masih tak kenal siapa anak Gobind dan Jagdeep. 

*Jangan lupa, selain daripada DAP dan PKR, PAS juga mengamalkan Nepotisme Politik terutamanya di Kelantan.