Tuesday 15 November 2011

KENAPA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DIKAWAL SEMASA DIMEKAH


WAH...!! kalau anda tengok sahaja gambar ini terus akan bermain di minda anda.. "Eh siapa Dato Najib ni, ingat bagus sangat nak dapat layanan VVIP kat Makkah.. semua orang sama di sisi Allah.. Bla Bla Bla.." banyak laa lagi tanggapan negatif mempertikaikan ibadah suci beliau di sana... 

Tambahan lagi.. tengok keratan yang ditulis oleh dalam blog pembangkang...

 Presiden Iran dipagari pengawal keselamatan sewaktu mengerjakan haji di Mekah.

 Presiden Iran diiringi anggota keselamatan Arab Saudi.


 Presiden Palestin Mahmoud Abbas sewaktu di hadapan Hajar Al Asward turut dikawal anggota keselamatan 

 Perdana Menteri Pakistan turut dikawal oleh anggota keselamatan sewaktu mengerjakan umrah.

Bab kawalan keselamatan di Tanah Suci Makkah sebenarnya dibawah tanggungjawab Arab Saudi. Siapa saja yang pergi buat haji mereka akan menjadi tetamu Allah s.w.t di masa yg sama mereka adalah tetamu Arab Saudi selaku tuan rumah.

Tugas jaga keselamatan dan kelancaran ibadat haji mahupun umrah ini prioriti paling wajib bagi kerajaan Arab Saudi. Mereka tak sediakan kawalan keselamatan kepada Najib, Rosmah atau mana-mana VIP hanya untuk  saja suka-suka.
Selain ianya adalah satu prosedur & protokol dalam menghormati pemimpin-pemimpin negara lain ia juga salah satu cara bagi Arab Saudi mengekang keadaan tak terkawal andai kata wujud segelintir jemaah yg bersesak-sesak utk bersalaman dgn mana-mana VIP yg mereka kenal.

No comments:

Post a Comment