Thursday 17 May 2012

PENJAWAT AWAM YANG MENYERTAI KOTOR 3.0 AKAN DIBUANG

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April lalu boleh dikenakan tindakan dibuang kerja. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Osman berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan tersebut. "Penjawat awam tertakluk dibawah Perintah Am Bab D, Tatacara Salahlaku Tatatertib Perkhidmatan Awam di mana mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. "Jika mereka didapati terlibat, Cuepacs tidak akan membela nasib mereka. Mereka boleh dikenakan sama ada tindakan tatatertib termasuk, digantung kerja dan jika serius, boleh dibuang kerja," katanya selepas majlis Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM, hari ini

No comments:

Post a Comment