Wednesday 22 June 2011

PEMBANGKANG TIDAK MENGHORMATI SIDANG DEWAN

Inilah yang dikatakan kurang diajar, tak tau la pekak ke, degil ke, bantah barut ke mereka ni masih tidak menghormati institusi Dewan Undangan Negeri mahupun Negara.

Tak hormat sidang DUN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Wong Ho Leng (dua dari kiri) mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang DUN, semalam dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS, memakainya.


Perlakuan wakil pembangkang, Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) menghadiri Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 dengan memakai sut kelabu mencetuskan rasa tidak puas hati ahli dewan sehingga mendapat teguran Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan. Kor Ming yang sepatutnya memakai pakaian istiadat dan bersongkok disifatkan tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

No comments:

Post a Comment