Monday 17 October 2011

GAMBAR YAB DATO' NAJIB SEMBAH SALIB TERBONGKAR


Gambar asal yang kemudiannya diubah menggunakan teknik pertindihan bagi memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk menyembah salib dalam pertemuan Pope Benedict XVI pada Julai lalu sebenarnya adalah sekeping gambar lama.
Ia dipercayai dirakamkan ketika Najib masih Timbalan Perdana Menteri dan sedang khusyuk berborak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Najib telah melakukan teknik pertindihan bagi mengelirukan orang ramai kononnya Perdana Menteri tunduk menyembah salib dalam pertemuan dengan Pope.
Bagaimanapun, tindakan membuat gambar fitnah itu dikutuk banyak pihak kerana mempermainkan akidah seorang muslim.
Gambar itu sebelum ini telah disiarkan dalam beberapa blog politik sebelum ini.

No comments:

Post a Comment