Tuesday 25 October 2011

PEMBANGKANG MEMPERKENALKAN MENU RAKYAT TAPI TIDAK HALAL


KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal.
Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.
“Restoran ini adalah restoran sayur-sayuran, ia halal dan sesuai untuk semua golongan.
“Tapi saya saja yang tak berani makan..,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my yang menolak untuk menjamah sebarang makanan atau minuman di restoran tersebut.
Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ.
Bagaimanapun, beliau akui bahawa restoran Cina tersebut tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM semenjak beroperasi pada empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.
“Berkonsepkan sayur-sayuran, menu ini sihat dan wajar dipromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment